Wan Zack Haikal Wan Noor
Wan Zack Haikal Wan Noor

Wan Zack Haikal Wan Noor

† Kemunculan (Gol).
Wan Zack Haikal bin Wan Noor (lahir 28 Januari 1991) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Felda United sebagai seorang pemain tengah dan juga penyerang.[1] Beliau adalah ahli pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-19. Gol beliau yang pertama buat Malaysia bawah-19 adalah menentang Myanmar di dalam Kejohanan Remaja B-19 AFF 2009. Malaysia telah memenangi 2-0 pada masa itu.[2]Wan sebelum ini bermai bagi Felda United FC sebelum dia dipindahkan ke Harimau Muda B. Selepas Harimau Muda B memenangi Liga Premier 2009, beliau dinaikkan ke Harimau Muda A kerana prestasi baik beliau di dalam pasukan Harimau Muda B. Wan merupakan salah seorang daripada para pemain yang dipilih untuk melibatkan diri di dalam latihan ke Slovakia bagi Harimau Muda A pada 5 September 2010 sehingga 9 November 2010.Kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu telah menyunting Wan Zack Haikal untuk menyertai kelab tersebut selama dua tahun bersama seorang lagi pemain tonggak Harimau Muda A Nazirul Naim Che Hashim yang mengikat kontrak selama setahun.Pemergian Wan Zack dan Nazirul Naim ke Negara Matahari Terbit itu akan menjadi penanda aras kemampuan pemain negara untuk bersaing di pentas lebih tinggi dan FC Ryukyu tidak menghadapi masalah untuk terus merekrut bakat baru dari Malaysia. Prestasi Wan Zack telah lama di perhatikan oleh Kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu untuk bermain di kelab itu. Beliau juga pernah menjalani latihan di Okinawa selama dua minggu dan bakal menyarung jersi bernombor 33.Sejarah tercipta kerana Wan Zack Haikal dan Nazirul Che Hisham merupakan pemain Malaysia pertama yang bakal bermain dalam Liga jepun (Liga-J) J. League.[3] [4]

Wan Zack Haikal Wan Noor

2012– Malaysia
2007-2008 Felda United
Tarikh lahir (1991-01-28) 28 Januari 1991 (umur 29)
2008-2010 Malaysia B-19
Kelab terkini Felda United
2005-2007 Kuala Lumpur Piala Presiden
2008-2009 AFC Wimbledon
2013-2014 FC Ryukyu
Nombor 11
2009- Harimau Muda A
Nama penuh Wan Zack Haikal bin Wan Noor
2010–2014 Malaysia B-23
Posisi permainan Penyerang & Pemain tengah
2017– Felda United
2011-2012 FC ViOn Zlaté Moravce (pinjman)
Tahun Pasukan
Tempat lahir Maran, Pahang, Malaysia
2014-2016 Kelantan
Ketinggian 1.71 m (5 ka 7+5⁄16 in)